June 1st, 2008 at 1:02am
Pendaftaran untuk Program Homestay 08 kini telah dibuka !!!
1> Anda boleh mendaftar secara online di sini >
2> Atau mendaftar melalui wakil-wakli IMAM RSC :
- Moscow - Saudari Amnah (YM: iecu_22) dan Saudara Syazwan (YM: umar_alfateh)
- Kursk - Saudara Al Hafiz (YM: the_red_alga)
- Nizhny - Saudari Nasuha Razali (YM: kennixstarz)
- Volgograd - Saudara Uzair Arshad (YM: aful_uzair)
3> Atau pendaftaran dan pembayaran melalui Maybank2u.com :
Depositkan wang pendaftaran anda ke akaun :
- MOHD AL-HAFIDZ BIN ISA ALI
- MAYBANK 161051395964
dan hantarkan resit atau bukti pembayaran anda ke email (atau YM) berikut - the_red_alga@yahoo.com (YM:the_red_alga)
aaa
Yuran penyertaan adalah sebanyak = 800 rubles.(Bayaran mesti dibuat kepada wakil-wakil seperti disenaraikan di atas)
Tarikh Tutup Pendafataran adalah pada 10 Jun 2008.
*Pesanan: Bilangan penyertaan adalah sebanyak 120 peserta sahaja. “Siapa Cepat Dia Dapat” diguna pakai!
May 31st, 2008 at 11:32pm

Poster Homestay 08 Versi Web. Sila print/photostat di universiti anda dan edarkan kepada rakan-rakan yang lain!
May 26th, 2008 at 9:51pm
Pilihan 1 :


Pilihan ke-2 :

***Contoh adalah versi baju pelajar muslimin. Baju pelajar muslimat adalah berlengan panjang dan sedikit labuh ke bawah.
May 26th, 2008 at 9:46pm
Untuk mengetahui aturcara perjalanan progam, anda boleh klik pada ‘Pages/Tentatif Program’ seperti terpapar di sebelah bahagian kanan laman website ini.
atau di sini.
May 26th, 2008 at 8:56pm
1) MAJLIS PERASMIAN DAN PEMBAHAGIAN ANAK ANGKAT
- Majlis Perasmian ini melibatkan perhimpunan bersama antara peserta program (ahli PPIM) dan penduduk kampung yang terlibat. Antara pengisian dalam majlis ini ucapan daripada Pengarah Program, Tok Batin dan perasmian program. Dalam majlis ini juga setiap peserta akan dibahagikan kepada keluarga angkat masing-masing.
2) ZIARAH 1, 2 & 3
- Ziarah rasmi 1, 2 & 3 ini akan digunakan sepenuhnya oleh peserta-peserta untuk menjalankan kajian kemasyarakatan. Dalam aktiviti ziarah ini peserta akan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai keluarga yang diziarahi. Antara aspek utama yang akan dikaji oleh peserta ialah infrastruktur, ekonomi, pendidikan, kerohanian (agama) dan sosiobudaya.
3) KELAS FARDU AIN
- Kelas Fardu Ain akan dijalankan secara bersama oleh PPIM kepada penduduk kampung di sini. Tempat yang dicadangkan adalah di tempat yang terbuka seperti di bawah pokok ataupun di pondok-pondok kecil dan juga di dalam surau. Antara pengisiannya ialah penekanan dalam aspek Rukun Islam, Rukun Iman, praktikal Solat dan perbincangan mengenai masalah-masalah agama yang dihadapi. Kelas Fardu Ain ini akan dibahagikan mengikut peringkat umur iaitu orang dewasa dan kanak-kanak.
4) HELWANI
- Aktiviti Hal Ehwal Wanita (HELWANI) ini akan dijalankan oleh peserta wanita PPIM bersama penduduk kampung. Antara pengisiannya ialah bimbingan kesihatan wanita dan perbincangan lanjut tentang permasalahan yang dialami oleh kaum wanita di sini termasuklah aspek kekeluargaan dan kesihatan mental.
5) GRAND SUKANEKA
- Aktiviti ini akan melibatkan seluruh penduduk kampung untuk sama-sama menjayakan acara sukaneka ini. Aktiviti ini akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu kanak-kanak, lelaki dewasa dan perempuan dewasa.
6) PEMERIKSAAN KESIHATAN
- Khemah-khemah pemeriksaan dicadangkan untuk beroperasi di sepanjang wakti sukaneka ini. Jika mempunyai bekalan yang cukup, satu pos khas akan disediakan disepanjang program untuk dijadikan pusat rawatan kesihatan yang akan beroperasi sepanjang program. Ahli PPIM akan bertugas bergilir-gilir di pos ini.
7) GOTONG-ROYONG
- Gotong-royong ini akan melibatkan kerjasama daripada penduduk kampung dan peserta program dalam membersihkan kampung dan membaiki kemudahan infrastruktur di sana.
8 ) KENDURI
- Kenduri akan diadakan pada hari kedua akhir program. Pihak PPIM akan membahagi-bahagikan makanan kepada semua penduduk kampung yang terlibat. Pihak PPIM akan memastikan semua bekalan makanan habis diedarkan kepada penduduk kampung.
9) MAJLIS PENUTUP DAN PEMBAHAGIAN HADIAH
- Setelah selesai program ini dijalankan, satu Majlis Penutup akan diadakan. Ia melibatkan semua penduduk kampung dan peserta program. Majlis ini akan diisi dengan ucapan Pengarah Program, Tok Batin dan pembahagian hadiah serta cenderahati kepada keluarga angkat masing-masing. Satu sesi bergambar beramai-ramai akan turut diadakan dan diakhiri dengan Ziarah Wida`.
10) SLOT KHAS
- Tertakluk kepada penganjur program untuk melakukan aktiviti bebas bersama para peserta program.
May 26th, 2008 at 8:50pm
Program ini akan dijalankan oleh PPIM - RSC dengan kerjasama JHEOA.
Pihak penganjur iaitu PPIM - RSC akan menguruskan:
- Peserta program (ahli PPIM)
- Urusan surat-menyurat dan perhubungan
- Bekalan makanan
- Aktiviti program mengikut pengkhususan Biro yang terlibat
- Laporan lengkap program dan kajian kampung secara keseluruhan
Manakala pihak penganjur bersama iaitu JHEOA akan menguruskan:
- Pengangkutan peserta dari tempat berkumpul ke pos (2 buah lori dan 2 buah land rover) *(subject to change)
- Perhubungan dengan pihak JHEOA daerah dan pos terlibat
- Perhubungan dengan pihak polis, tentera dan sebagainya
May 25th, 2008 at 3:26pm
1. Mewujudkan budaya kerjasama di antara para pelajar universiti dan masyarakat luar dalam mengurangkan bebanan hidup masyarakat Orang Asli dan sekaligus merealisasikan salah satu matlamat Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat penyayang.
2. Membimbing dan memberi pendedahan kepada penduduk Orang Asli tentang kepentingan menjaga kesihatan di samping menjalankan aktiviti-aktiviti yang menggalankkan amalan hidup Islam, di samping memberi tunjuk ajar berhubung cara pengamalan ajaran Islam yang sebenar terutama kepada penduduk Muslim.
3. Mengenalpasti permasalahan yang dihadapi para penduduk kampung melalui perbincangan serta berusaha mencari penyelesaian terhadap permasalahan mereka.
4. Menggalakkan penglibatan badan-badan korporat, kerajaan, swasta, badan-badan sukarela dan individu dalam memberi sumbangan untuk meningkatkan taraf hidup Orang Asli.
5. Meningkatkan perkembangan ilmu dan pemikiran di kalangan pelajar dalam usaha untuk melahirkan graduan-graduan yang peka terhadap isu semasa serta masalah sosial.
6. Menjadikan PPIM sebagai platform gerak kerja kesukarelawanan dalam merealisasikan masyarakat yang peka terhadap kesihatan dan persekitaran.
May 15th, 2008 at 12:15am

PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA (RUSSIA STUDENT CHAPTER)
PROGRAM HOMESTAY DAN KEMASYARAKATAN DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI
“Homestay 08″
TEMA
‘Erti Hidup Pada Memberi dan Mengasihi’
TARIKH
25 - 28 Julai 2008
TEMPAT
POS Sg. Pelatok, Sg. Siput, Perak Darul Ridzuan
ANJURAN
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM MALAYSIA - RUSSIA STUDENT CHAPTER (PPIM RSC)
DENGAN KERJASAMA
PPIM PUSAT
JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI (JHEOA)
PENYERTAAN
120 orang pelajar perubatan (kursusnya) di Rusia dan negara-negara lain